Mengenai PI1M

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI1M yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI1M menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI1M, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI1M



Sejarah

Pasir Gudang ialah sebuah bandar perindustrian terbesar di Johor, Malaysia. Bandar ini ditadbir oleh Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) iaitu sebuah badan khas milik Perbadanan Johor. Menjelang tahun 2007, Pasir Gudang telah berusia 30 tahun. Jumlah penduduk melebihi 100 000 orang. Di sini juga terdapat sebuah pelabuhan kontena iaitu Pelabuhan Johor yang terletak selatan dari pusat bandar yang menghadap Selat Tebrau.

Terdapat beberapa kawasan perumahan di Pasir Gudang seperti Taman Desa Rakyat Perdana, Taman Mawar, Taman Bukit Dahlia, Taman Air Biru, Taman Cendana, Taman Pasir Putih, Kampung Pasir Putih, Taman Kota Masai, Taman Scientex, Taman Nusa Damai, Perumahan Bakti, Taman Cahaya Masai, Taman Tanjung Puteri Resort, Taman Cendana dan Kampung Kopok Baru.

Setiap kawasan perumahan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti taman permainan, surau, kedai, sekolah, telefon awam dan lain-lain. Bagi memastikan kebersihan sentiasa terjaga di kawasan perumahan, Majlis Perbandaran Pasir Gudang telah mengadakan pertandingan kawasan perumahan terbersih dan tercantik.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017

Bengkel Skrip Ke Skrin Wilayah Selatan, MMU, Nusajaya

Aktiviti Terkini | 25 & 26 Oktober 2016

Bengkel Skrip ke Skrin 2016 merupakan program khusus untuk melatih pengurus dan penolong pengurus PI1M di seluruh Negara mengenai teknik membangunkan video yang berkualiti bagi tujuan promosi PI1M & produk usahawan tempatan. Selain itu, ilmu yang diperoleh dari program ini diharap akan membantu PI1M menyediakan video yang berkualiti sejajar dengan Projek PI1M Kluster dan pertandingan-pertandingan video anjuran pihak MCMC... baca selanjutnya

Pertandingan Poster Kreatif Dakwah Digital Klik Dengan Bijak 2016

Berita Terkini

Untuk makluman, MCMC melalui Bahagian Advokasi dan Jangkauan dengan kerjasama JAKIM telah menganjurkan ‘Program Pertandingan Poster Kreatif Dakwah Digital Klik Dengan Bijak’ bertujuan mewujudkan penglibatan aktif dari masyarakat dalam menyelami mesej-mesej utama advokasi khususnya penggunaan internet secara positif dari sudut pandangan Islam... baca selanjutnya

Bengkel Pengukuhan dan Pemantapan Aktiviti Advokasi Bersama Pusat Internet Wilayah Selatan bagi Tahun 2016

Aktiviti Terkini | 18 - 19 Mei 2016

Program Bengkel Pengukuhan dan Pemantapan Aktiviti Advokasi Bersama Pusat Internet Wilayah Selatan bagi Tahun 2016 telah diadakan pada 18-19 Mei 2016 di Lotus Beach Resort, Kota Tinggi, Johor... baca selanjutnya

Y.A.B DATO’ MOHAMED KHALED BIN NORDIN MENTERI BESAR JOHOR MEMBUAT LAWATAN KE PUSAT INTERNET 1 MALAYSIA TAMAN DESA RAKYAT PERDANA

15 April 2016 | Aktiviti Terkini

Lawatan ini bertujuan untuk melihat Pusat Internet 1Malaysia dalam keadaan yang terbaik... baca selanjutnya

GOTONG ROYONG BERSAMA AHLI PUSAT INTERNET 1 MALAYSIA (PI1M) TAMAN DESA RAKYAT PERDANA

25 Mac 2016 | Aktiviti Terkini

Tujuan aktiviti ini adalah untuk memupuk semangat antara... baca selanjutnya

Pertandingan Mencipta Video MYkomunitikreatif

Berita Terkini

Pertandingan Mencipta Video MYkomunitikreatif (#MYkif) merupakan sebuah platform untuk meggalakkan komuniti menghasilkan video dalam tutorial, panduan, tips, kaedah, cara penggunaan, petua, resipi atau lain-lain kandungan yang berkaitan. Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua penduduk di komuniti Pusat Internet 1Malaysia (PI1M). Jangka masa (durasi) video penyertaan adalah tidak lebih daripada 5 minit.

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan... baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian... baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan... baca selanjutnya

KELAS ICT SEPANJANG TAHUN 2016

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Di PI1M Taman Desa Rakyat Perdana ada menyediakan kelas latihan komputer (ICT) secara PERCUMA kepada semua ahli. Tujuan kelas ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kadar penggunaan internet di kalangan masyarakat khususnya masyarakat luar bandar. Program ini juga diharapkan dapat menarik minat komuniti setempat untuk mengikuti sebarang aktiviti yang di anjurkan oleh Pusat Internet 1 Malaysia Taman Desa Rakyat Perdana seperti kelas komputer dan sebagainya.

Latihan Usahawan PERCUMA !!

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Orang Ramai Boleh Menghubungi PI1M Berdekatan Bagi Mendapatkan Maklumat Lanjut Dan Urusan Pendaftaran Latihan... baca selanjutnya